Thursday, August 29, 2013

M-Pembelajaran?

Pembelajaran mudah alih, pembelajaran bergerak, mobile learning atau m-learning dengan pelbagai nama dipanggil atau gelaran mempunyai konsep yang sama iaitu pembelajaran berlaku tanpa ada sempadan atau halangan dari segi masa dan tempat.

Konsep ini hanya sesuai dilaksanakan kepada orang atau masyarakat dewasa yang mempunyai komitmen kerja, keluarga serta kekangan masa. Elemen yang paling penting dalam pelaksanaan m-pembelajaran adalah penggunaan peranti mudah alih itu sendiri. Dunia teknologi telah menerima dengan pesatnya gadget-gadget daripada Samsung, Apple, Sony dan sebagainya. Masing-masing bersaing dengan membekalkan teknologi yang hebat yang membawa maklumat di hujung jari.

Walaupun impak m-pembejaran agak perlahan tetapi kajian-kajian telah berlaku dengan rancak dan pelbagai bidang telah terlibat dalam kajian ini terutamanya dalam melihat kesan perlaksanaanya. MOOC merupakan salah satu idea yang mempunyai hubungan dari segi menyampaikan ilmu kepada kumpulan masyarakat yang inginkan ilmu tetapi bukan melalui fizikal perlu hadir ke kelas dan sebagainya.

Masyarakat Malaysia perlu akur dan peka kepada perubahan teknologi serta perubahan yang telah dibawanya walaupun kita tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan gadget tersebut. 

No comments:

Post a Comment